13 May 2013

Berita demi berita

Hari ni je, aku dapat tau yang 3 org collegues dah pun pregnant. Semuanya newlyweds. Yang sorang tu siap upload gambar buku merah ibu ngandung tu dengan jarinye yg inai pun masih berbaki lagi kat kukunye (purposely kut.. simbolik kpd pengantin baru yg dah pregnant).

Aku? Haruslah terusik hati. Macam biasalah ayat2 negatip menerawang dalam kepala. Jeles, sedih, jeles & jeles (kalau dah banyak kali ulang tu maksudnya mmg jeles tahap gaban lah). Teringinnye nak menerima berbakul2 ucapan tahniah & "take care" dr org lain. Yg plg penting nak dengar ucapan dari org2 yg aku sayang... Aduhai...

Tambahan pulak ahad lepas hari ibu kan.. Kemain lg wall fb aku bertepek2 diorang share beruntungnya sapa yg jadi ibu. Aku nak like pun tak sampai hati. Haha.

Sorrylah geng, aku ni sejujurnya susah nak tukar yg negatip jadik positip. Sbb tu semua ape yg aku rasekan. Tak boleh elak mesti timbul rase sedih & jeles tu. Aku tak tau la kalau org lain boleh lawan rase sedih tu bermati-matian. Tapi aku tidak. Dan sorry la kalau entri aku ni menegatipkan jugak pemikiran kengkawan ye. Kat blog ni jelah tempat aku nak meluah rasa.. kat mana lg kan? Dah luah tu lega la skit hehe..


13 March 2013

Lambat

Kronologi kehidupanku sebagai seorang perempuan/wanita:

Salam perkenalan pertama dari cik P ku ialah pada ketika umur mencecah 15 tahun. Masa form 3 tu duk hostel so aku la gugurl yg paling akhir masuk fasa akil baligh. Kengkawan semua dah mendahului since form 1 lagik. Semua tertunggu2 dan bila aku 1st time period tu diorang hampir2 nak wat kenduri kesyukuran sbb aku yg paling lambat haha.

Bila dah period baru la keadaan tubuh fizikal aku berubah. Makin tinggi dan seksi.. Kehkeh.. Err okeh tang seksi tu dusta semata. Tumbesaran aku agak lewat berbanding kengkawan yg lain. Senang cite lambat besor lah.

Masuk zaman U aku memang tak heran langsung nak berkapel bagai. Kengkawan lain sume dah cekup boipren tak cukup sorang, siap tambah lagi wat backup. Kalau break dgn boipren memasing mengelupur nak cari ganti mcm la takde boipren ko takleh hidop. Pelik kat situ. Tapi ade aku kesah? Baik aku enjoy life as a student dgn kengkawan sekepala. Bila dah final year baru la emosi miang (herk?) tu muncul.. Dah pandai nak minat mamat tu mamat nih (eh kalau minat je ramai2 pon takpe tau hehe). So seruan nak berkapel pun lambat tibanye :D

Aku start berkapel bila dah masuk alam berkerja. Alhamdulillah berpanjangan sampai la ke jinjang pelamin.. Tapi umur aku masa naik pelamin tu almost nak masuk 3 series. Kengkawan sebaya kebanyakannya dah selamat berkawen siap beranak-pinak lagi.

Bila dah kawen, tunggu anak pulak.. Masih belum muncul2 sampai la ni. Last week tvs on CD10 doc ckp folikel kecik2 je x sampai 10mm. Then repeat tvs on CD13 nampak ada perkembangan size. So doc punya andaian telo aku ni jenis lambat respon dgn clomid+menonys sbb tu perkembangannye pun slow.. Doc suh try naturally & jgn tumpu pada hari subur jek. Tengok? Sampai ke telur pun berjangkit kes lambat.

Memang takdir aku gitu agaknya... Lambat dapat. Aku cuma mampu berdoa agar dapat jua mengecapi nikmat menjadi ibu satu hari nanti walau pun agak lambat. Ada hikmahnya Tuhan aturkan hidupku gini ek. Biar lambat asal selamat... dan BERKAT ;) 


04 March 2013

Anak susuan

Err tajuk di atas tiada kaitan dgn pengambilan anak angkat ye.. anak susuan tu bukan anak orang pun, tapi anak bulus aka anak kucing :) my hubby is a cat lover. And to be frank I love cat pun because of him. Dulu seblum kapel dgn dia ape aku kesah dgn kucing, pandang kucing pun takde menimbulkan rasa feeling2 spt: “eeeiii comelnyeee.. eee geramnye rase nak kidnap jek..” haa tidak sama sekali ye.

Tapi bila dah sebumbung sehati sejiwa dgn dia entah bila aku bleh suka pulak dgn kucing. Maknanya sekarang ni kalau aku nampak kucing je aku akan tgk dgn penoh prasaan anyonyonyooo.. lebih kurang gitulah. Pelik ah kau! Hey, btw kan psychologist pernah syorkan, bela haiwan ni akan mengurangkan stress tau. Mmg diakui ianya berkesan esp. bela kucing & makhluk Allah lain yg comel2 (anjing tu comel camna pun takleh la jadikan pet, harom plak kang asik keje nak samak je).

Bebaru ni my hubby pulang dari keje dgn mengkelek dua ekor kitten. Sgt baby, sampaikan bagi susu pun dorang tak reti nak jilat. Kesian sgt, hubby jumpa dorang duk mengiau kelaparan & kepanasan, ibunya pun x nampak bayang. Maybe kitten buangan agaknye. Hubby decide nak jaga sementelah kat umah mmg ade cage besar yg kosong- sblum ni hubby pernah rawat kucing yg sakit matanya, tp bila dah sihat mati pulekk :( mmg rejeki budak bulus berdua tu. So mulai hari tu bermulalah rutin “nursing” my hubby kat dak bulus tu.. siap beli botol susu comel tu hihi.. comel jek tgk dorang isap. Kesian takde ibu nak menyusu.

Pastu my hubby upload la video dorang tgh menyusu tu kat FB. As predicted ofkos la ade anasir2 jahat yg laju je memperli “sampai bila nak nyusukan anak kucing, anak sendiri bila lg?" dan statement yg seangkatan dgnnya. Lps kuar jek statement tu hubby terus delete. Menyampah katenye. Yess, suamiku pun dah naik meluat dgn mulut2 longkang kat fb tu. Aku skang ni dah maleh nak tgk FB sgt, tak kuase nak layan org yg buat2 x paham nih.

Yg sweetnye, sejak jadi bapak budak bulus tu, en.suami kemain komited lg bancuh susu pagi2 sblum gi keja-tumbuk sekut kucing kasi hancur sket (sbb baby lg, gigi blum kuat nak kunyah)-susukan & kasi makan-kemaskan cage. Rutin tu akan berulang bila balik keja pulak nanti. Malam2 mmg dia ngadap anak bulus main2 kat luar. Aku slalu usik dia; "lepas ni kalau ade anak senang la.. awak dah expert bancuh susu budak." Hehe.. Asalkan dikau bahagia wahai suamiku. Sekurang2nya tak la bosan sgt bila balik rumah takde menda nak buat. Pahala pun dapat, menyayangi & menjaga makhluk comel ciptaan Allah SWT tu :)


Ehsan google. Tiada kaitan sedara dgn dak bulus :)

14 February 2013

Siapa yang tak cemburu?



  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

  • Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala yang berjihad pada jalan Allah SWT.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkan.

  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT mmberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Moga-moga kita jua dapat menikmati antara kelebihan tersebut yang ALLAH anugerahkan kpd wanita yang bergelar IBU :)

..and i wanna be a mommy too!!


22 January 2013

Golongan kurang bernasib baik?

Selak-selak majalah Dewan Kosmik tadi, terjumpa page iklan buku tentang infertiliti “sinar harapan di sebalik impian”

….Hmm mcm sedap pulak ayat tu kalau jadi blog description ek :P


Dan yang ni pulak ayat-ayat cinta mempromote buku tu..


Paling tertarik kat perkataan golongan KURANG BERNASIB BAIK 
(dua kali diulang words tu hokeh)
Errmm ye ke kite ni kurang baik nasibnye hanya kerana belum/lewat dpt anak?

Setuju? Tak setuju? Atas pagau?? (-_-")

16 January 2013

Light & easy


Hye kengkawans.. Amacam hari ni? Harap semuanya dalam keadaan yg sihat & ceria :)

Emm seblom ni aku pernah pasang angan2 start thn ni nak menyihatkan diri utk menentang lemak jahat yg bermaharajalela kat badan ni kan.. So salah satu effortnya adelah bersenamrobik. Alhamdulillah, setakat ni dah beberapa kali join kelas aerobik tetiap minggu & tah kenapa timbul rase gian pulak. Yes, I’m addicted to it asik nak berjoget jek tau.. ngalahkan kaki clubbing pulak kuikui. Tapi joget ni joget sihat ye, bukan mabok2 itu kan harommmm. 

Tiap minggu looking fwd nak beraerobik, syok woo sbb antara kesan yg aku dpt rasa skang ni badan rase ringan je (walaupun bila timbang tak lah mendadak turun kilonye) & of course I feel more energetic. Antara kesannye after 2 weeks join kelas tu – aku berjaya menggapai jari kaki bila duk berlunjur tanpa sekatan di perot yg menebal (naik-turun kening sambil senyum senget). Yesss dah berlaku sedikit proses pengempisan di situ. Memula join kelas dulu bila buat aksi lunjur & touching tu mesti aku frust. Terus rasa nak pakai extension kat tangan. Sampai senak woo aku nak touching jari kaki punye pasal. Sekarang.. tidak lagi! (turun-naik kening lagi. ok, meluat sudah).

Yang bestnye lagi, bulan ni cik P dtg menjenguk! Yeyy!! Bukan senang okeh cik P aku ni nak dtg berturut bulan. So mustilah aku jakun plus terharu bln ni cik P sudi dtg. Mungkin sbb beraerobik kut? Sbb sblum ni pun kalau mcm lama sgt cik P tak dtg, kekadang aku gi jogging hentak2 kaki kengkunun paksa kuar (mende tah).. tapi betul, few days later mmg cik P muncul. Pastu stop ar jogging (ciss nampak sgt motif tu bkn utk sihat). Incik asben pun pelik bercampur kagum si wifeynya off solat bulan ni “eh, bkn bulan lps dah period kan? bln ni pun dtg?” haa nampak tak keganjilan soklan dari suami kpd sorang pcoser. Ke-tidakpercaya-annya sgt menebal sbb jarang sesgt wifenye period berturut bulan. 

Kalau blom rezeki melekat bulan ni, harap next month cik P dtg lagi. Bleh usaha lg. At least harapan tu ada kan... Hepinya kalau attendance cik P penuh tiap bulan. Moga2 tiba masanya nanti cik P jgn dtg for 9 months kay! Heheeeeeeeeeee ;)



08 January 2013

Muhasabah diri

Betul sesangat.. Tolonglah sedar wahai diri ini..!!
Astaghfirullahal'azim......