14 February 2013

Siapa yang tak cemburu?



  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

  • Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala yang berjihad pada jalan Allah SWT.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkan.

  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT mmberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Moga-moga kita jua dapat menikmati antara kelebihan tersebut yang ALLAH anugerahkan kpd wanita yang bergelar IBU :)

..and i wanna be a mommy too!!


5 comments:

iwannabeumie said...

InsyaAllah cherry, mudah2an kita dapat bergelar ibu mithali dan juga isteri solehah walau kelak bergelar ibu kan...ameen

sweet tooth said...

Amin...Tapi kalau Allah x perkenankan pun, setiap hari kita lalui ujian dengan sabar dan redha, banyak juga pahala tu.... :-)

corat coret sendiri said...

mohon nak share yer..saya pun menghadapi masalah yang sama

Salmi Khairil said...

moga kita juga dapat menikmatinya..AMIN

Just Me. The Mrs said...

May our patience and prayers be answered!