22 January 2013

Golongan kurang bernasib baik?

Selak-selak majalah Dewan Kosmik tadi, terjumpa page iklan buku tentang infertiliti “sinar harapan di sebalik impian”

….Hmm mcm sedap pulak ayat tu kalau jadi blog description ek :P


Dan yang ni pulak ayat-ayat cinta mempromote buku tu..


Paling tertarik kat perkataan golongan KURANG BERNASIB BAIK 
(dua kali diulang words tu hokeh)
Errmm ye ke kite ni kurang baik nasibnye hanya kerana belum/lewat dpt anak?

Setuju? Tak setuju? Atas pagau?? (-_-")

16 January 2013

Light & easy


Hye kengkawans.. Amacam hari ni? Harap semuanya dalam keadaan yg sihat & ceria :)

Emm seblom ni aku pernah pasang angan2 start thn ni nak menyihatkan diri utk menentang lemak jahat yg bermaharajalela kat badan ni kan.. So salah satu effortnya adelah bersenamrobik. Alhamdulillah, setakat ni dah beberapa kali join kelas aerobik tetiap minggu & tah kenapa timbul rase gian pulak. Yes, I’m addicted to it asik nak berjoget jek tau.. ngalahkan kaki clubbing pulak kuikui. Tapi joget ni joget sihat ye, bukan mabok2 itu kan harommmm. 

Tiap minggu looking fwd nak beraerobik, syok woo sbb antara kesan yg aku dpt rasa skang ni badan rase ringan je (walaupun bila timbang tak lah mendadak turun kilonye) & of course I feel more energetic. Antara kesannye after 2 weeks join kelas tu – aku berjaya menggapai jari kaki bila duk berlunjur tanpa sekatan di perot yg menebal (naik-turun kening sambil senyum senget). Yesss dah berlaku sedikit proses pengempisan di situ. Memula join kelas dulu bila buat aksi lunjur & touching tu mesti aku frust. Terus rasa nak pakai extension kat tangan. Sampai senak woo aku nak touching jari kaki punye pasal. Sekarang.. tidak lagi! (turun-naik kening lagi. ok, meluat sudah).

Yang bestnye lagi, bulan ni cik P dtg menjenguk! Yeyy!! Bukan senang okeh cik P aku ni nak dtg berturut bulan. So mustilah aku jakun plus terharu bln ni cik P sudi dtg. Mungkin sbb beraerobik kut? Sbb sblum ni pun kalau mcm lama sgt cik P tak dtg, kekadang aku gi jogging hentak2 kaki kengkunun paksa kuar (mende tah).. tapi betul, few days later mmg cik P muncul. Pastu stop ar jogging (ciss nampak sgt motif tu bkn utk sihat). Incik asben pun pelik bercampur kagum si wifeynya off solat bulan ni “eh, bkn bulan lps dah period kan? bln ni pun dtg?” haa nampak tak keganjilan soklan dari suami kpd sorang pcoser. Ke-tidakpercaya-annya sgt menebal sbb jarang sesgt wifenye period berturut bulan. 

Kalau blom rezeki melekat bulan ni, harap next month cik P dtg lagi. Bleh usaha lg. At least harapan tu ada kan... Hepinya kalau attendance cik P penuh tiap bulan. Moga2 tiba masanya nanti cik P jgn dtg for 9 months kay! Heheeeeeeeeeee ;)



08 January 2013

Muhasabah diri

Betul sesangat.. Tolonglah sedar wahai diri ini..!!
Astaghfirullahal'azim......

06 January 2013

Ganti tempat

Assalamualaikum semua :)

Dah masuk hari ke-6 dalam tahun baru kan.. moga semuanya bersemangat baru utk menggapai impian yg diharapkan. Macam aku ni awal tahun baru ni dah dapat tempat baru.. Tempat ape tu? Bkn tempat kerja, jauh sekali tempat bermain haha :D Haa aku dapat tempat baru - dari tempat kedua kini ganti tempat kesatu pertama. Bunyi mcm masuk pertandingan acara lari berhalangan pastu menang naik atas podium amik pingat hehe.

Actually maksud aku "tempat penyandang" paling lama sbg ttc kat opis aku nih.. Antara ttcians kat opis ni cuma aku & sorang staf tu je yg agak lama menunggu (lebih dari 2 thn). Aku namakan staf tu CB ye.. CB ni dah kawin rasenye hampir sepuloh tahun kalau tak silap. Aku mmg tak pernah tanya directly kat dia (kita yg sekapal ni kalau boleh taknak tanya soklan tu). Yg aku dengar soseh2 staf keliling bercerita ade yg kata 8 thn, ade yg kate 10.. Ntah yg mana satu betul tp yg pastinya tempoh CB berttc lagi lama dari aku la.

Bebaru ni angin bertiup mengkhabarkan berita yg CB ni dah pun mengandung.. Dengar cerita dia buat treatment & dgn izin Allah dah lekat pun, tp doktor nasihatkan kena byk berehat. Sebelum ni pun pernah buat treatment tapi xde rezeki masa tu. Alhamdulillah akhirnya slps bertahun menunggu rezeki tu tiba jua utknya :)

Maka dgn itu - aku yg dulunya penyandang tempat kedua slps dia, kini dgn rasminya naik satu tangga menjadi JUARA.. Yey..!! Cepat cepat bagi pingat :D Huh yolah tu.. (ekspresi mencebik). Hakikatnya skang ni mungkin daku rasa lagi tertekan sbb semua mata akan bertumpu padaku. CB dah turun podium dah. Bile la pulak turn si polan tu (aku lah tu!) nak ngandung yek.. Heee aku mmg nyampah betul dgn soklan "bile nak ngandung"- sbb soklan tu mmg xde jawapan. Kalau aku tau bile takyah la susah2 nak wat treatment sana-sini.. "Ooh aku ngandung bulan depan, korang standbylah beli hadiah lps 9 bln nanti yek!" Tu dah mcm ayat tukang tilik.. Ingat, tilik tu khurafat woo..

Selama ni org duk cakap JODOH, PERTEMUAN, AJAL & MAUT di tangan Tuhan kan.. Aku rase patut tambah lagi satu perkataan, iaitu ZURIAT. Biar org tau nak dpt anak pun dgn izin-Nya. So jangan nak pertikai kerja & perancangan Allah. Disbbkan anak tu hasil dari hubungan batin suami isteri, maka org buat senda pasal benda tu - suka nak mengaitkan hal dlm kelambu. Aduhai manusia...

Back to my story tadi, juara menunggu pun juara menunggulah.. Yg penting aku mmg juara di hati my sweetheart darling hubby.. Hihi huk aloh jiwang la pulekkk :P 
Have a nice day frens! :)

01 January 2013

2013.. masih mengharap

Assalamualaikum kengkawan :)

Selamat Tahun Baru 2013!! Semoga tahun baru ini membawa beribu berjuta rahmat untuk kita semua. Yang pasti usaha untuk menggalas title ibu tetap diteruskan. Mana tau, tahun ini rezeki itu akan muncul? (teka-teki dari tahun sebelumnya mmg lagu tu pun).

Mengenang kembali 2012, aku tak terdaya nak senaraikan ape treatment/ikhtiar yg dah dibuat (ada yg dah tak ingat pun) cuma nak mengenang kembali kitaran hari kunjungan miss P sepanjang tahun lepas: 

  • Feb 14 (since Dec 2011) --> 61 days
  • Apr 9 --> 55
  • Jul 17 --> 99 (new record, the longest ever!)
  • Oct 4 --> 79
  • Dec 4 --> 61


Hadoi.. caca merba tunggang-langgang betoi kau datang cik P hoi.. Rase mcm sikit jek tgk cycle tu padahal setahun punya.. maklum la banyak sgt skip :P So my wishlist selain nak beli oven baru (eh?), ialah nak membetulkan miss P nih. Degil sgt nak dtg berkunjung. Harus kena paksa nih hehe!

Antara inisiatif terdekat adalah utk bersenamrobik dgn tuntas & mengawal pemakanan. Harap minda pun boleh dikawal (tang ni susah sket, ko berlagak kuat camna pun balik rumah sembam muka kat bantal trus nanges!) Rase nak start over LPPKN, tp sblum tu nak regularkan miss P dgn kekdah yg x melibatkan drugs such as homeopati ke... 

Mudah-mudahan usahaku & kengkawan semua dipermudahkan.. Kita memang buleh senaraikan apa yg kita nak sampai berpuluh pages, tapi kuasa yg menentukan hanya ada padaNya. Maka jgnlah kita putus berdoa k! :)

10 December 2012

Cakap pandang-pandang


Rasenye seantero Malaya dah tau yg DD dah pun pregnant tak lama lps nikah dgn FK kan.. Murah rezeki diorang eh walau pun ramai yg soseh-soseh mengkontroversikan berita tu. Kesian kat DD, kerana keterujaannya nak berkongsi berita gumbira tu alih2 dpt banyak tohmahan dpd sorakan gembira dari masyarakat sekeliling. Rasenye berita tu terlalu awal utk dihebahkan tu yg jadi persoalan org ramai. Yelah, bkn semua tahu dr segi saintifik kejadian persenyawaan nih. Ape pun yg plg penting rezeki tu dari ALLAH SWT kenapa nak persoalkan..

Dan DD pun dah bersuara akan ketidakpuashatiannya (woih pjgnye ejaan) tu.. Aku ni taklah follow sgt perkembangan retis Malaya. Cuma dpt info dr blogger yg rajin mengupdate cite retis2 nih mcm beautifulnara tu ha. Kekadang aku layan gak blog dia nih sesaja layan masa senggang. Nak beli majalah urtv or mangga tu sorry beb, mmg takkan termasuk dlm koleksi majalah peribadiku. Bak kate bapak aku; tu kategori majalah yg xde masa depan... kihkih. 

Ok back to blog abg nara td tu, salah satu entrinye pasal DD ckp usah pertikaikan kehamilannya.. So DD mmg dah buat statement dia rase down dek tohmahan masyarakat sekeliling yg tuduh kandungan tu lebih dulu dari pernikahan diorang. Emm baca sini jelah nak tau lebih lanjut yek!

Tp yg aku bengang sgt ade sorang pengkomen tu macam gud-gud je bagi opinion (based on her experience bunting pelamin dulu katenye..) Dah elok2 dia explain pasal kesuburan DD tu alih2 kutuk plak org yg mandul. 

<klik imej utk paparan lebih jelas>

Suka dgn pandangan pengkomen selepasnye tu.. Mmg betul, memula sedap jek ayatnye, dah hujung tu kutuk org mandul pulak. Hampehh!


Yg ni pun x puas hati dgn komen "puan subur" tu.. semua tu rezeki Allah, kalau mandul pun ketentuanNya kan..

Entah lah apsal aku lak yg emo.. Perkataan mandul tu sgt kejam nak digunakan. Kpd pn.subur, jgn riak sangat ye.. Anak cucu keturunan kau belum tentu lg ikut subur mcm kau. Fikir2kan...

23 November 2012

Setengah dekad



Hmmm dah nak ke penghujung thn ni mmg ramai la pengantin lama yg sambut anniversary kan hehe.. maklum la cuti skolah dan kenduri kawen x dpt dipisahkan. Kalau org buat kenduri waktu bukan cuti skolah mesti org konpius ‘eh, skang ni cuti skolah ke’ atau ‘nape tak buat time cuti skolah?’

So kami pun antara penyumbang statistik kpd peningkatan bilangan kenduri kawen yg dilangsungkan masa cuti skolah.. and it was 5 years ago. Yup, LIMA TAHUN sudah usia perkahwinan kami. Sila rujuk pd ticker yg setia menghitung hari ye heheee :P

Pejam celik dah setengah dekad.. menjalani kehidupan sbg isteri kpd cinta hatiku. Masih memburu impian utk menggalas title & tanggungjawab sbg seorang ibu. Sedar atau tak (tapi kalau pasal menanti zuriat mmg aku sedar, sbb tu yg aku tunggu sesangat) kami dah mengharungi pahit manis suka duka sbg pasangan yg masih belum mempunyai cahayamata. Org kata makin lama kita lalui sesuatu tu makin mendewasakan kita. Ada betulnya sbb aku makin kurang sensitif berbanding thn pertama & kedua kawen dulu. Tapi “awan nano apsal tak peknen lg” tu tetap setia ada kat atas kepala ni ke mana saja aku pegi, ape aje yg aku buat. Duk pikir pasal tuuuuu je. Mcm la kalau asik pikir tu bleh ngandung pon.. lg tambah stress adelah. Tp susah nak halau la awan tu.. tensen kawe. Haa kan dah tensen lg :D

So sempena anniversary kami yg kelima ni daku nak ucapkan kepada diri sendiri agar terus tabah & kental menghadapi hari mendatang dlm tempoh menanti anugerah dariNya. Dah nak pasang azam thn depan nak hangatkan semula usaha ttc yg suam2 kuku sejak dua menjak nih. Anak kengkawan pun ada yg dah amik result UPSR - punya la aku ni ketinggalan jauh kan. Tp logik la pun diorang yg jambu2 nih lps SPM je dah trus kawen. Dah la jambu, subur lak tu mmg la korang menang haha! Time diorang branak aku tgh gigih blajar mane nak pikir pasal kawen.. boipren pun tarak. Tapi tu rezeki memasing kan =)

We have been married for 5 years!! :)

Kepada geng ttcian yg menyambut anniversary sebulan dua ni, happy anniversary diucapkan ye.. Moga hidup dilimpahi rahmatnNya dan dimakbulkan impian kita semua.. Amin.