12 February 2012

Perihal buah zuriat

Ni juga antara ikhtiar yg famous dikalangan ttcians, buah yg hanya terdapat di Tanah Suci Mekah dan Madinah - buah zuriat/buah adam & hawa. Mesti ramai geng yg dah try kan? Termasuk jugeklah diriku ini...

*Googled.

Buah istimewa yg sgt keras - sekeras batu. Sape yg pernah try mesti dpt rase betapa susahnya nak mengopek buah ni, sampai nampak isi yg putih mcm isi kelapa tu.. Rata-rata bloggers yg berkongsi tips & cara makan buah ni semuanya ckp mmg mencabar nak membelahnye. Ade yg sampai pakai gergaji. Kalau setakat pisau biase jgn haraplah, macho jek buah tu x cedera pape pun :P Aku akui, mmg susah - HB siap pakai gergaji kecik yg comel tuh & dia mengergaji dah ala2 carpenter pulak aku tgk hehe. Tu baru nak belah layer pertama, bila dah bercerai layer 1st tu (mcm sabut kelapa) then cabaran nak pecahkan tempurungnye pulak. Gergaji susah nak jalan, aku ketuk jek dgn lesung batu kasi pecah. Korang nak tau tak, buah yg ketiga aku ketuk guna lesung batu, sekali boleh PECAH pulak lesung tuh! Haa bayangkanlah betapa sukarnye nak dptkan isinye tuh.. Dan atas ketentuan-Nya, sampai sekarang masih belum berhasil pun lps buat ikhtiar tu...

TAPI, aku percaya - kesukaran kami nak mengopek buah tu menunjukkan betapa sukarnye kami nak mendapatkan zuriat. Dalam kata lain, belum sampai masa & rezeki kami. Sebab, member kpd adik aku pun pernah cuba ikhtiar ni jugak. Dan Alhamdulillah, wifenye dah pregnant bebaru nih. Yg menakjubkan usaha diorang nak mengopek buah tu mudah sesangat. Diorang pun pelik, tak payah guna gergaji ke hape dan nak mengetuk bagai nak rak. Diorang terkejut sbb seblum tu of courselah diorang pun surf blog org lain utk tahu info & kebanyakannye pun mengatakan amat susah nak kopek isinye... Mane nak sangka bila turn diorang mudah pulak.. So aku percaya, kejadian tu menunjukkan simbolik kpd rezeki mrk yg mmg dah hampir - buah tu pun senang dibelah. Dan kami yg mengalami kesukaran ni mmg belum tiba masa & ketikanya.. Coz I believe everything happens for a reason and ALLAH knows better...

Wallahualam.

09 February 2012

Eh tak lengkap ke??

Dah lame tak mengepos, bila pos terus dikategorikan sbg bebelan luahan rasa. haha rasakan...

FYI aku mmg purposely tak letak thn anniversary dlm FB. sbb aku taknak org tau berapa thn aku dah kawen, dan yg sebetulnya berapa tahun masih tak punye anak. So aku takkan sekali-kali publish status yg lebih kurang cengini bunyiknye.. "Syukur dah 4 tahun usia perkahwinan kami.. Mudah2an jodoh kami berpanjangan. to my dearest hubby, t.kasih atas kasih sygmu bla bla bla...."

sbb ape? sbb aku dpt rase antara reramai yg respon nanti tu mesti ade anasir yg mengharu-birukan mood cintan-cintun dgn bertanyakan perihal anak. Cth respon (andaian aku semata2, tp 90% buleh dipercayai huahua): "dah tu bila nak ber3 nye pulak.. dah 4 thn berdua.." atau lg kejam "tak sunyi ke berdua je..?". Wooihh.. mcm la dlm dunia ni hanya aku & suami jek kan. Eh tp kalau betul gitu ok gak, amaaannnn donia!

Pagi td aku terbaca status update kat fb one of my collegues yg mewarwarkan kebahagiaan rumahtangganye yg dibina kini berusia 3 thn dan dikurniakan suami yg plg baik dan 2 anak penyeri hidup. Maka berdoyon2lah ibuk2 yg merespon bahawasanya mereka turut sama hepi, memuji2 sbb hebat dlm masa 3 thn dah 2 anak & paling menjengkelkan ada pulak yg memuji mengatakan member aku tuh dah lengkap kehidupannye sbb dah ada anak... Errkkk, dah tu kami yg xde anak nih x lengkap ke kehidupan?? x layak nak idop?? Aduih, aku terus urut dada sendiri. Terasa menusuk qolbuku ni tau. Maka dgn senang hatinye aku hide trus post tu dari wall. Abis cerita.

Ok, cerita ni pun abis juga. Haha. Sekian bebelan saya yg kekadang mencipta emosi sendiri.

Anyway tahniah lah kpd mereka yg dah LENGKAP kehidupannya dgn mempunyai anak. Aku yg belum ade anak ni tak brape nak lengkap lg.. Aku hanya mampu meLENGKAPkan ilmu di dada utk berfikir secara rasional dan menerima takdir yg ditentukan oleh-Nya yg maha mengetahui!

31 January 2012

Senang dapat, senang campak

Mengaku campak bayi dari tingkat dua flet

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.
Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – BERNAMA.

Sumber: BH online, 31/01/12



Gila. Kau ingat sampah ke nak campak-campak? Perangai kau tu yg sampah.

Ya ALLAH, Kau berilah anugerah istimewa itu pada kami yg sgt mengimpikan dari mereka yang mempersiakan.....

27 January 2012

Menanggung lagi

Err baca betul2 hokey, menanggung bukan mengandung (eh ke aku yg prasan gitu?watever).

Ya, ini kisahku yg asyik menanggung kerja rakan sekerja yg mengandung pastu bersalin. End of Feb nanti dah kali kedua aku menanggung tugas member opis yg cuti bersalin. Produktif kan my collegues? Aku ni je yg tak camtu, so of course jadik sasaran menanggung.

Masyuk memang masyuk - dpt elaun menanggung tugas. Tapi peritnye tu terasa jugak. Perit beban kerja tak berapa nak rase sgt. Yg terasa beban emosi - bila pulak turn aku nak maternity leave & ada org lain yg menanggung keje aku? Aarrghh jeles berbakul-bakul (bukan sumpah-seranah tau). Syoknye dpt ngadap & jaga baby sepenuhnya for 3 months... Balik semula opis lps cuti bersalin sure cerita ceriti yg kluar all about babies. Yg bertanya pun 99.9% tanyakan perihal baby.

Hmm takpelah, mudah-mudahan tempias tu mengena kat aku satu hari yg indah nanti.. pokpokpok (tepok bahu sendiri).


20 January 2012

Ikhtiar seterusnya

Susu kambing plus kurma. Maybe ade geng ttc yang pernah buat ikhtiar ni (dah ramai kot). Aku first time, an old fren of mine yg rekemen (dia dengar ceramah ustaz kat tv). Kebetulan kat rumah ni buah tamar memang ade, pemberian kawan opis yg baru balik mengerjakan haji bebaru nih. Kurma Ajwa (kurma Nabi) pulak tu, feveret incik HB. Susu kambing tu kat pasar tani pun ade jual. So sempena cuti panjang ni aku decide buat ikhtiar ni lah pulak..


Kaedahnye diblend kedua bahan tersebut maka jadilah cenggini..

  Mine is red and green for him. What a happy day! :)
(kaler dah mcm mocha ice blended kan)

Minum segelas tiap sorang ye. The "best" part is my HB mmg anti susu, nak pulak susu segar. Kembang tekak katenye hehe. Tapi dek nak anak punya pasal, tekak yg kembang pun terpaksa dikecutkan sebab nak telan susu tu. Tapi kan, bila diblend susu dgn kurma tu rasenye sangatlah sedaaap... Lemak manis. Macam ice blended pulak sbb susu kambing tu sejuk beku. Syukur sangat HB pun suka. Sekali hadap jek licin segelas :) Alhamdulillah........

Ikhtiar dan terus ikhtiar..! cayok (^_^)

19 January 2012

B.o.r.e.d.


When HB is not around ~ and no kiddos to play with.

*
*
-
*
*


Eh beliau pon sama. Cubet nak?


**Serius punye boring tahap gaban - abih aku godeh2 google selongkar pics.