31 January 2012

Senang dapat, senang campak

Mengaku campak bayi dari tingkat dua flet

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.
Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – BERNAMA.

Sumber: BH online, 31/01/12



Gila. Kau ingat sampah ke nak campak-campak? Perangai kau tu yg sampah.

Ya ALLAH, Kau berilah anugerah istimewa itu pada kami yg sgt mengimpikan dari mereka yang mempersiakan.....

27 January 2012

Menanggung lagi

Err baca betul2 hokey, menanggung bukan mengandung (eh ke aku yg prasan gitu?watever).

Ya, ini kisahku yg asyik menanggung kerja rakan sekerja yg mengandung pastu bersalin. End of Feb nanti dah kali kedua aku menanggung tugas member opis yg cuti bersalin. Produktif kan my collegues? Aku ni je yg tak camtu, so of course jadik sasaran menanggung.

Masyuk memang masyuk - dpt elaun menanggung tugas. Tapi peritnye tu terasa jugak. Perit beban kerja tak berapa nak rase sgt. Yg terasa beban emosi - bila pulak turn aku nak maternity leave & ada org lain yg menanggung keje aku? Aarrghh jeles berbakul-bakul (bukan sumpah-seranah tau). Syoknye dpt ngadap & jaga baby sepenuhnya for 3 months... Balik semula opis lps cuti bersalin sure cerita ceriti yg kluar all about babies. Yg bertanya pun 99.9% tanyakan perihal baby.

Hmm takpelah, mudah-mudahan tempias tu mengena kat aku satu hari yg indah nanti.. pokpokpok (tepok bahu sendiri).


20 January 2012

Ikhtiar seterusnya

Susu kambing plus kurma. Maybe ade geng ttc yang pernah buat ikhtiar ni (dah ramai kot). Aku first time, an old fren of mine yg rekemen (dia dengar ceramah ustaz kat tv). Kebetulan kat rumah ni buah tamar memang ade, pemberian kawan opis yg baru balik mengerjakan haji bebaru nih. Kurma Ajwa (kurma Nabi) pulak tu, feveret incik HB. Susu kambing tu kat pasar tani pun ade jual. So sempena cuti panjang ni aku decide buat ikhtiar ni lah pulak..


Kaedahnye diblend kedua bahan tersebut maka jadilah cenggini..

  Mine is red and green for him. What a happy day! :)
(kaler dah mcm mocha ice blended kan)

Minum segelas tiap sorang ye. The "best" part is my HB mmg anti susu, nak pulak susu segar. Kembang tekak katenye hehe. Tapi dek nak anak punya pasal, tekak yg kembang pun terpaksa dikecutkan sebab nak telan susu tu. Tapi kan, bila diblend susu dgn kurma tu rasenye sangatlah sedaaap... Lemak manis. Macam ice blended pulak sbb susu kambing tu sejuk beku. Syukur sangat HB pun suka. Sekali hadap jek licin segelas :) Alhamdulillah........

Ikhtiar dan terus ikhtiar..! cayok (^_^)

19 January 2012

B.o.r.e.d.


When HB is not around ~ and no kiddos to play with.

*
*
-
*
*


Eh beliau pon sama. Cubet nak?


**Serius punye boring tahap gaban - abih aku godeh2 google selongkar pics.

14 January 2012

DON'T ever give up

Jom karaoke yuk!!

Jangan Menyerah ~ D'Masiv

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah

Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada

Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia

Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNya
Bagi hambaNya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah
(6x)

Dan tak kenal putus asa (2x)
 


So geng, jangan sesekali kita give up k.. Rezeki itu adalah ketentuan-NYA. Caiyok!! (^_^)

11 January 2012

mudah dot my

Dapat news, my sefufu yg baru kahwin last Nov dah pon ngandung. Maka dgn ini secara rasminya mereka telah melangkah bendul aku dan secara rasminye jugak telah “menewaskan” aku selaku cucu sulung tapi tang beranak tak berapa nak sulung (hape punye ayat nih).
Mintak maap tokwan, cucu sulungmu ini tak dpt produce cicit sulung jugak. Cucu tokwan yg tak berapa sulung tu rezekinye dapat dulu. Anyway aku tumpang hepi (jauh kat sudut ati paham2 jelah ye). Untungnye dorang, mudah dapat se-mudah.my.