Baru terbaca luahan hati seorang ttcian (junior) kat kolum bimbingan Dang Setia Harian Metro online:
Rimas ditanya mengenai anak
SAYA berumur 26 tahun dan berkahwin enam bulan lalu. Saya sangat berharap untuk mengandung dalam masa terdekat.
Ramai rakan sebaya yang bernikah dalam tempoh sama kini mengandung. Yang lama berkahwin pula berbangga dan ceria bersama anak masing-masing.
Bukan itu yang menyebabkan saya ingin cepat menimang anak, sebaliknya saya rimas kerana kerap dibelenggu mengenai persoalan sama.
Boleh dikatakan setiap hari saya diasak soalan sama, menyebabkan saya tertekan. Bukan rakan saja, malah keluarga dan sanak saudara juga seakan-akan tidak berpuas hati kerana saya belum mengandung.
SYAFINAZ
Balik Pulau, Pulau Pinang
Hmm bila aku tgk umur dan tempoh perkahwinan adik ni, alahai... Baru sgt lg compare dgn aku ni yg dah bertahun kawen dan umor pun jauh lebih tua huhu! Tapi aku tak nafikan, fasa 6 bulan hingga ke setahun lepas kawen tu mmg fasa cepat sentap. Korang gitu tak? Aku mengaku, dulu pantang cuit sket mesti aku nak sentap. Sentap pastu nanges sobsob. Semua sbb ANAK. Masa tu semua yg tanya pasal anak/dah ngandung ke blom aku rase nak jawab dgn pelempang jek. Takde benda lain ke nak tanye?!! HB pun tak tau nak ckp ape kalau aku ngadu domba pasal benda ni kat dia. Bleh bikin meroyan woo walaupun blum beranak haha :D
Tapi tu dulu... Zaman keghairahan & kekhuatiran terhadap ketiadaan anak. Time flies dan aku mula belajar menerima ketentuan Allah swt. Dan syukur jugak org terdekat - parents & mertua aku tak menserabutkan keadaan aku yg sedia berserabut nih. Diorang yg bagi semangat - jgn taksub sgt nanti sendiri tension lg susah nak conceive.. Betul gak kan? So kita yg "senior" ttcian ni dah melalui dah jerit-perih tu selagi belum bergelar ibu.. Kepada yg super senior menunggu anugerah tu lebih lama dari aku, TABIK hormat kat korang sbb dah melalui pelbagai dugaan dlm tempoh yg lama.. Aku ni blum tentu lg setabah korang. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg SABAR :)