26 September 2012

Projek tenusu

Kat opis aku ni sekarang tgh ramai ibu2 beranak kecik, so of courselah diorang kena pump susu dgn tuntas especially ibu2 yg baru naik keje kan. Dan tempat diorang berhimpun mengepam susu secara berjemaah adalah di surau wanita... Tu je tempat yg tersorok, takkan nak ngepam di khalayak ramai kut kan. Dek kerana ramai sgt ibu2nya maka siap ade extension wire utk sesi pengepaman beramai-ramai. Memang meriah, dah mcm kat ladang tenusu pulak :P

Tiap kali masuk surau syok tgk diorang wat menda tu. Teringin sgt nak merasainye (eh, bkn merasa susu tau huehueh). Sambil diorang ngepam tu memasing bertukar2 cerita la semestinye.. Baby aku gitu lah, baby aku gini lah. tu yg aku takleh stay lama2 kat surau tu. Nak berwirid pun tak senang (eceh! alasan kau). Biasenye lps solat tu aku selitkan jugak doa pd Allah moga2 aku pun dpt merasa nikmat mcm diorang tu satu hari nanti, nikmat yg ditunggu2 oleh seorang ibu :) Kalau dimakbulkan-Nya, I will join d club lah - antara tokeh tenusu di opis ni kahkah :D




2 comments:

Anonymous said...

sungguh murni niat nak menyusukan anak tu. semoga tuhan makbulkan doa u. amin.

Bouncing and Cherubic said...

InsyaAllah dimakbulkan Tuhan..

hm..bab2 mereka dok cerita2 pasal baby masing2 tu perkara biasa, i pun cepat2 beredar atau menyibukkan diri dengan kerja, kalau stay nanti kena 'smash'..kita berhak untuk tak ambil peduli, bukan sebab jealous tapi menjaga perasaan diri sendiri