23 June 2012

Tenanglah wahai hati...

Sejak kawen, tiap tahun aku harap akan jadi ibu atau bakal ibu (pregnant) bila raya menjelang.. ye, setiap tahun. bila raya tahun sebelumnya masih tak pregnant jugak aku pujuk diri, takpe raye tahun depan mudah2an ade rezeki (dan mengharap sesangat). tapi nampak gayanye keadaan tu masih sama utk tahun seterusnya sampailah ke tahun ini iaitu 2012.. beberapa minggu lg kan dah nak puasa. so status aku masih tak berubah utk raya thn ni.. huhu.. bile lah agaknye mase aku ye..... (888 kali dah soklan tu ditanya kat diri sendiri).

Rase lame sgt aku tunggu, tunggu, tunggu... dan mengharap. penat. betul, sampai satu tahap aku rase penat. malas nak pikir tapi mcm kena pikir jugak. perasaan nak sangat tu sentiasa ada - mcm ade awan atas kepala nih yg duk ikut ke mana aku pegi. aku serabut geng... entah kenapa emo sgt. period yg ditunggu tak kunjung tiba. tak kuasa nak check upt sbb takde rase pape pun. kang negatif aku gak yg meroyan sensorang. tensionnnnnnnnnnnn... bukak fb lak makin tambah stress. sana-sini status dorang takde lain sume pasal kegembiraan bakal2 ibu & yg dah pun jadi ibu pasal anak2 dorang. kat opis aku tu dah mcm main pass baton, lps sorang-sorang amik giliran disahkan peknen. bila emo dah x stabil mula la pikiaq bukan2.. paham2 la kan.. aku rase persoalan ttcian ni kebanyakannye sama je.. yg paling femes "kenapa diorang senang tp aku susah??"

Masa aku rasa down sgt bebaru nih, aku bwk baca Quran & terjemahan.. seboleh2nya aku cuba amalkan baca Quran & tafsir lepas solat subuh & maghrib tiap ari.. dan kebetulan masa aku emo tu aku sambung baca surah al-Furqaan. tersentuh aku dgn terjemahan ayat ke2:

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Maha suci ALLAH.. sesungguhnya hanya DIA yg berkuasa. "...ketentuan takdir yg sempurna" sapelah kita ni yg nak memaksa takdir kan? ikutkan kehendak kita of course semua nak cepat dpt anak, sbb umur pun makin meningkat etc. tapi kita (diri aku terutamanya) terkadang lupa yg Dia lagi maha mengetahui. Astaghfirullahal'azim......

Duhai hati, bersabar dan bertabahlah......

 

7 comments:

SitySha said...

dear cherry,
while bloghopping ni,bumped to ur blog.
u know what,ur situation just exactly like mine.seriously sama.word by words.

♥ Cherry ♥ said...

ello sity :)
mmg ttcian akan mengalami keadaan gitu kan.. we share d same feelings.

Little world said...

Cherry-jangan laa.. sedih-
walupon sue mungkin bekas TTCian-tapi sue dah merasa perasaan cherry....
sabarlah dengan dugaan ini---ada HIKMAHnya nanti

Nia said...

sabarlah cherry...tempoh perkahwinan Cherry pun lebih kurang dengan saya, semuanya ada hikmah tapi kita manusia tidak mampun nampak hikmah tu sekarang. Yang penting kita terus tabah, terus berusaha untuk sihatkan badan kita supaya mudah preggy. InsyaAllah...

Bouncing and Cherubic said...

Apa yang saya nampak,hikmah infertility ni banyak untuk saya - saya start beli Quran & translation and found out that baca tafsiran Quran sangat menenangkan hati. Kadang2 jumpa ayat2 yang sangat2 tidak disangka related dengan nasib diri kita..Mungkin Tuhan nak tunjukkan panduanNya pada kita dalam cara yang kita tak nampak..cuma dugaan ini maha hebat sampai kita rasa lelah dan letih menanggungnya.

Bertabahlah kawan.

irtiyah.com said...

Salam

Sayang, ayat Allah yg awak garis tu mmg hakikat. Saya sedang belajar untuk happy dengan segalanya. Allah ciptakan kita tentu Dia beri yg terbaik utk kita.

Sedangkan kalau kita jadi ibu pun, bukan kita cipta baby kita, tp kita tumpangkan dia (dgn izin Allah) dalam rahim kita je pun kita akan sayang sgt2.. Inikan pula Allah yg cipta kita, tentu Dia Maha Penyayang. Itu yg saya cuba sematkan dalam hati. Masih belajar.

iwannabeumie said...

As salam cherry..senang2 jemputlah jenguk blog umi k..semoga cherry diberi kekuatan hati selalu..

http://www.iwannabeumie.blogspot.com