15 March 2012

Alahai baru lagi tu dik....

Baru terbaca luahan hati seorang ttcian (junior) kat kolum bimbingan Dang Setia Harian Metro online:

Rimas ditanya mengenai anak

    
SAYA berumur 26 tahun dan berkahwin enam bulan lalu. Saya sangat berharap untuk mengandung dalam masa terdekat.

Ramai rakan sebaya yang bernikah dalam tempoh sama kini mengandung. Yang lama berkahwin pula berbangga dan ceria bersama anak masing-masing.
Bukan itu yang menyebabkan saya ingin cepat menimang anak, sebaliknya saya rimas kerana kerap dibelenggu mengenai persoalan sama.

Boleh dikatakan setiap hari saya diasak soalan sama, menyebabkan saya tertekan. Bukan rakan saja, malah keluarga dan sanak saudara juga seakan-akan tidak berpuas hati kerana saya belum mengandung.

SYAFINAZ
Balik Pulau, Pulau Pinang

 
Hmm bila aku tgk umur dan tempoh perkahwinan adik ni, alahai... Baru sgt lg compare dgn aku ni yg dah bertahun kawen dan umor pun jauh lebih tua huhu! Tapi aku tak nafikan, fasa 6 bulan hingga ke setahun lepas kawen tu mmg fasa cepat sentap. Korang gitu tak? Aku mengaku, dulu pantang cuit sket mesti aku nak sentap. Sentap pastu nanges sobsob. Semua sbb ANAK. Masa tu semua yg tanya pasal anak/dah ngandung ke blom aku rase nak jawab dgn pelempang jek. Takde benda lain ke nak tanye?!! HB pun tak tau nak ckp ape kalau aku ngadu domba pasal benda ni kat dia. Bleh bikin meroyan woo walaupun blum beranak haha :D

Tapi tu dulu... Zaman keghairahan & kekhuatiran terhadap ketiadaan anak. Time flies dan aku mula belajar menerima ketentuan Allah swt. Dan syukur jugak org terdekat - parents & mertua aku tak menserabutkan keadaan aku yg sedia berserabut nih. Diorang yg bagi semangat - jgn taksub sgt nanti sendiri tension lg susah nak conceive.. Betul gak kan? So kita yg "senior" ttcian ni dah melalui dah jerit-perih tu selagi belum bergelar ibu.. Kepada yg super senior menunggu anugerah tu lebih lama dari aku, TABIK hormat kat korang sbb dah melalui pelbagai dugaan dlm tempoh yg lama.. Aku ni blum tentu lg setabah korang. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg SABAR :)

6 comments:

Syazni Shamsir said...

salam perkenalan cherry

saya juga mcm awak....tp awal perkahwinan saya tak tersentap pon bila org tnya psl anak....tp bila dh masuk tahun 3 ni,saya dh mula stress & cepat tersentap...disusuli saya dh malu nk berhadapan dgn kwn2 yg lain..

moga usaha kita berhasil 1 hari nanti..I'Allah...Amin~~

Nia said...

tarikh perkahwinan kita juga hampir sama, mcm sy di awal perkahwinan hingga ke tahun ke 2 mmg cepat sentap. asik nangis jek...tp skg dah 4 tahun dah, insyaAllah, mesti ada hikmah yg Allah nak bagi. Rezeki anak ni juga kan salah satu drp qada dan qadar Allah...

Mrs ARK said...

Hi Cherry,

Tengok tajuk dia "RIMAS ditanya". Bukan sebab dia risau. Different tau. Tapi kesian dia.

Kalau dalam TTC ni, support dari suami memang penting. Kalau suami tak support, memang boleh goyang.

Kami buat macam ni, family sedara belah I, biar I yg jawab. Belah dia biar dia yg jawab. Karang sentap pulak akak dia kalau jawapan I menyakitkan hati akak dia walaupun soalan dia menikam jiwa I.

Now kalau orang tanya, I just answer "ENTAH". Habis cerita *ahaks*

♥ Cherry ♥ said...

Syazni >> malu.. yup dulu perasaan tu pernah membelenggu sy, tp bila pikir balik watpe nak malu sbb blum rezeki kite lg kan.

Nia >> u r right.. ALLAH is the best planner!

Mrs Ark >> ouuh kalau sy dpt soklan menikam jiwa mmg sy balas dgn jwpn tikam jugak :D makin lama berttc makin mbuatkan sy pandai menjawab haha (berbanding dulu asik sentap jek sbb x tau nak jwb).

nanoke said...

sifat2 ttcian yg terpuji:
1) penyabar walopon sentap
2) kalau dah hilang 1/2 sabar, still cube jawab dgn berkhemah
3) kalau dh hilang semua sabar, kite bako.. kite bakoo... hahaha

♥ Cherry ♥ said...

nanoke >> tang terpuji yg x tahan tuh :D i loike...