13 March 2013

Lambat

Kronologi kehidupanku sebagai seorang perempuan/wanita:

Salam perkenalan pertama dari cik P ku ialah pada ketika umur mencecah 15 tahun. Masa form 3 tu duk hostel so aku la gugurl yg paling akhir masuk fasa akil baligh. Kengkawan semua dah mendahului since form 1 lagik. Semua tertunggu2 dan bila aku 1st time period tu diorang hampir2 nak wat kenduri kesyukuran sbb aku yg paling lambat haha.

Bila dah period baru la keadaan tubuh fizikal aku berubah. Makin tinggi dan seksi.. Kehkeh.. Err okeh tang seksi tu dusta semata. Tumbesaran aku agak lewat berbanding kengkawan yg lain. Senang cite lambat besor lah.

Masuk zaman U aku memang tak heran langsung nak berkapel bagai. Kengkawan lain sume dah cekup boipren tak cukup sorang, siap tambah lagi wat backup. Kalau break dgn boipren memasing mengelupur nak cari ganti mcm la takde boipren ko takleh hidop. Pelik kat situ. Tapi ade aku kesah? Baik aku enjoy life as a student dgn kengkawan sekepala. Bila dah final year baru la emosi miang (herk?) tu muncul.. Dah pandai nak minat mamat tu mamat nih (eh kalau minat je ramai2 pon takpe tau hehe). So seruan nak berkapel pun lambat tibanye :D

Aku start berkapel bila dah masuk alam berkerja. Alhamdulillah berpanjangan sampai la ke jinjang pelamin.. Tapi umur aku masa naik pelamin tu almost nak masuk 3 series. Kengkawan sebaya kebanyakannya dah selamat berkawen siap beranak-pinak lagi.

Bila dah kawen, tunggu anak pulak.. Masih belum muncul2 sampai la ni. Last week tvs on CD10 doc ckp folikel kecik2 je x sampai 10mm. Then repeat tvs on CD13 nampak ada perkembangan size. So doc punya andaian telo aku ni jenis lambat respon dgn clomid+menonys sbb tu perkembangannye pun slow.. Doc suh try naturally & jgn tumpu pada hari subur jek. Tengok? Sampai ke telur pun berjangkit kes lambat.

Memang takdir aku gitu agaknya... Lambat dapat. Aku cuma mampu berdoa agar dapat jua mengecapi nikmat menjadi ibu satu hari nanti walau pun agak lambat. Ada hikmahnya Tuhan aturkan hidupku gini ek. Biar lambat asal selamat... dan BERKAT ;) 


04 March 2013

Anak susuan

Err tajuk di atas tiada kaitan dgn pengambilan anak angkat ye.. anak susuan tu bukan anak orang pun, tapi anak bulus aka anak kucing :) my hubby is a cat lover. And to be frank I love cat pun because of him. Dulu seblum kapel dgn dia ape aku kesah dgn kucing, pandang kucing pun takde menimbulkan rasa feeling2 spt: “eeeiii comelnyeee.. eee geramnye rase nak kidnap jek..” haa tidak sama sekali ye.

Tapi bila dah sebumbung sehati sejiwa dgn dia entah bila aku bleh suka pulak dgn kucing. Maknanya sekarang ni kalau aku nampak kucing je aku akan tgk dgn penoh prasaan anyonyonyooo.. lebih kurang gitulah. Pelik ah kau! Hey, btw kan psychologist pernah syorkan, bela haiwan ni akan mengurangkan stress tau. Mmg diakui ianya berkesan esp. bela kucing & makhluk Allah lain yg comel2 (anjing tu comel camna pun takleh la jadikan pet, harom plak kang asik keje nak samak je).

Bebaru ni my hubby pulang dari keje dgn mengkelek dua ekor kitten. Sgt baby, sampaikan bagi susu pun dorang tak reti nak jilat. Kesian sgt, hubby jumpa dorang duk mengiau kelaparan & kepanasan, ibunya pun x nampak bayang. Maybe kitten buangan agaknye. Hubby decide nak jaga sementelah kat umah mmg ade cage besar yg kosong- sblum ni hubby pernah rawat kucing yg sakit matanya, tp bila dah sihat mati pulekk :( mmg rejeki budak bulus berdua tu. So mulai hari tu bermulalah rutin “nursing” my hubby kat dak bulus tu.. siap beli botol susu comel tu hihi.. comel jek tgk dorang isap. Kesian takde ibu nak menyusu.

Pastu my hubby upload la video dorang tgh menyusu tu kat FB. As predicted ofkos la ade anasir2 jahat yg laju je memperli “sampai bila nak nyusukan anak kucing, anak sendiri bila lg?" dan statement yg seangkatan dgnnya. Lps kuar jek statement tu hubby terus delete. Menyampah katenye. Yess, suamiku pun dah naik meluat dgn mulut2 longkang kat fb tu. Aku skang ni dah maleh nak tgk FB sgt, tak kuase nak layan org yg buat2 x paham nih.

Yg sweetnye, sejak jadi bapak budak bulus tu, en.suami kemain komited lg bancuh susu pagi2 sblum gi keja-tumbuk sekut kucing kasi hancur sket (sbb baby lg, gigi blum kuat nak kunyah)-susukan & kasi makan-kemaskan cage. Rutin tu akan berulang bila balik keja pulak nanti. Malam2 mmg dia ngadap anak bulus main2 kat luar. Aku slalu usik dia; "lepas ni kalau ade anak senang la.. awak dah expert bancuh susu budak." Hehe.. Asalkan dikau bahagia wahai suamiku. Sekurang2nya tak la bosan sgt bila balik rumah takde menda nak buat. Pahala pun dapat, menyayangi & menjaga makhluk comel ciptaan Allah SWT tu :)


Ehsan google. Tiada kaitan sedara dgn dak bulus :)