23 November 2012

Setengah dekad



Hmmm dah nak ke penghujung thn ni mmg ramai la pengantin lama yg sambut anniversary kan hehe.. maklum la cuti skolah dan kenduri kawen x dpt dipisahkan. Kalau org buat kenduri waktu bukan cuti skolah mesti org konpius ‘eh, skang ni cuti skolah ke’ atau ‘nape tak buat time cuti skolah?’

So kami pun antara penyumbang statistik kpd peningkatan bilangan kenduri kawen yg dilangsungkan masa cuti skolah.. and it was 5 years ago. Yup, LIMA TAHUN sudah usia perkahwinan kami. Sila rujuk pd ticker yg setia menghitung hari ye heheee :P

Pejam celik dah setengah dekad.. menjalani kehidupan sbg isteri kpd cinta hatiku. Masih memburu impian utk menggalas title & tanggungjawab sbg seorang ibu. Sedar atau tak (tapi kalau pasal menanti zuriat mmg aku sedar, sbb tu yg aku tunggu sesangat) kami dah mengharungi pahit manis suka duka sbg pasangan yg masih belum mempunyai cahayamata. Org kata makin lama kita lalui sesuatu tu makin mendewasakan kita. Ada betulnya sbb aku makin kurang sensitif berbanding thn pertama & kedua kawen dulu. Tapi “awan nano apsal tak peknen lg” tu tetap setia ada kat atas kepala ni ke mana saja aku pegi, ape aje yg aku buat. Duk pikir pasal tuuuuu je. Mcm la kalau asik pikir tu bleh ngandung pon.. lg tambah stress adelah. Tp susah nak halau la awan tu.. tensen kawe. Haa kan dah tensen lg :D

So sempena anniversary kami yg kelima ni daku nak ucapkan kepada diri sendiri agar terus tabah & kental menghadapi hari mendatang dlm tempoh menanti anugerah dariNya. Dah nak pasang azam thn depan nak hangatkan semula usaha ttc yg suam2 kuku sejak dua menjak nih. Anak kengkawan pun ada yg dah amik result UPSR - punya la aku ni ketinggalan jauh kan. Tp logik la pun diorang yg jambu2 nih lps SPM je dah trus kawen. Dah la jambu, subur lak tu mmg la korang menang haha! Time diorang branak aku tgh gigih blajar mane nak pikir pasal kawen.. boipren pun tarak. Tapi tu rezeki memasing kan =)

We have been married for 5 years!! :)

Kepada geng ttcian yg menyambut anniversary sebulan dua ni, happy anniversary diucapkan ye.. Moga hidup dilimpahi rahmatnNya dan dimakbulkan impian kita semua.. Amin.


10 November 2012

Ada-Mu

Assalamualaikum kengkawan =)

Lagu pemberi semangat untuk kita semua.. Bersangka baiklah pada perancangan Allah SWT (mesej utk diriku sendiri).

AdaMu by Najwa Latiff

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan...

05 November 2012

Hina ke??


Nak share story pasal sorang staf kat opis ni, yg aku panggil k.ani. semalam baru aku tau yg dia pernah ttc for 9 years!! MasyaAllah.. selama ni aku dengar cerita yg dia tunggu 6 tahun (dan aku pun tak pernah plak tanye dgn tuan punya diri).

Aku tau sbb kebetulan semalam dia tumpang kete aku nak ke hospital tengok kawan kami yg masuk ward. Otw tu yg dia bercerita, sbb sorang lagi kawan yg ikut sama bgtau yg wifenye dah peknen 2nd child. So k.ani ni tumpang hepi & dia ckp murah rezeki senang dpt compare dgn dia dulu 9 tahun baru conceived. Aku pun trus terjerit “Hah 9 tahun??” punya le aku terkezut. Ya Allah.. lamanya die boleh bertahan.. tp katanya bukan mudah, mesti kuat semangat. Apa yg dia cerita semuanya sama dgn ape yg aku & korang rasa. Tak byk bezanya. Cuma k.ani cakap yg paling dia tak boleh lupa satu situasi tu – terjadi kat kenduri kawen (bayangkanlah the crowd) ade pulak sorang makhluk Tuhan ni sound k.ani “ko tau tak HINA kalau takde anak nih” (lebih kurang gitu la ayatnye, tp yg pasti perkataan HINA tu mmg ada okeh tu sbb k.ani takleh lupa). Astaghfirullahalazim… aku yg dgr ni pun menyirap rase. Korang bayangkanlah prasaan k.ani masa tu.. Org tu Tuhan ke yg pepandai nak jatuhkan hukum? Mulia sgt ke dia hanya sbb ade anak? Sempitnya pemikiran… org camni pun ada ka, mulut tahap bau bangkai berulat! Kesian k.ani, dia ckp dia mampu senyum jelah, dalam hati Tuhan je yg tahu remuk-rendam rasenye. Sampai hati org tu ckp camtu kan T__T

Akhirnya, after 9 yrs mrk suami isteri dikurniakan zuriat.. tu lah sorang permata hatinya. Sekarang dah jadi anak dara pun, lawa superb - kulit putih gebu kecik molek je orgnye. Kalau lalu sebelah mmg akan toleh dua kali sbb comei sgt dak tu ^_^ blajar pun pandai skang kat salah satu U di pantai timur. Beruntung anaknye, mmg ditatang mcm minyak yg penuh maklumlah anak tunggal yg dinanti2kan. Tapi mmg aku respect k.ani tu, lembut & sabar orgnye. Susah nak tgk dia marah/mengamuk. Masa dia cerita pasal situasi jahanam tu bleh gelak2 lg. dan yg penting katenya kalau nak kuat harungi tempoh ttc ni kena ada sokongan suami. K.ani bersyukur sbb suaminya x pernah ungkit pasal nak tambah cawangan/mengeluh bila cik P yg setia dtg tiap bulan. Tu antara sumber kekuatan dia :)

InsyaAllah, moga semangat k.ani akan jadi motivasi pd diriku ini. Nak kena banyak telan "pil sabar" nih haha!