30 March 2012

Buat tak dengar

Semalam kat opis kami ade buat pesta keramaian sket (bukan pesta mabok2 ye kehkeh). So ramai la warga opis yg berkumpul. Memasing potpet dgn mcm2 cite. Maklum la opis besar, staf pun ramai so bkn semua dpt jumpa hari2. Masa camni la memasing nak beramah mesra tanya tu, tanya ni. 

Dan tahun ni bakal menyaksikan beberapa staf yg bakal dpt baby & tgh memboyot masa ni. So yg boyot of course lah sume org dah tahu - bak kate patah-patah; sudah terang lg bersuluh.. Takkan nak deny ckp busong kot kan? Tapi ade beberapa staf ni yg perut nampak flat tp berisi ni yg sohseh sesama diorang. Agaknye malas nak kecoh kut.. baru lg. Yelah, takkan tetiba nak buat announcement - eh korang, aku ngandung ye! 

The situation: Si A & si B peknen. Both in early stage. Aku tau keduanya peknen dan si A pun dah tau si B peknen. Tapi si B ni belum tau lg yg si A tu pun peknen. So masa tu lah diorang berjumpa si A tanya condition si B. Dah tanya itu ini tetiba aku dengar si B dah jerit2 (dlm nada berbisik yg boleh didengar) ucap tahniah kat si A. Well aku buat kesimpulan mesti si A dah bgtau si B. Maka keduanya berkongsi lah kegembiraan.. Aku pun makin jauh2kan diri & buat2 tak dengar. Haruslah menjauhkan diri dpd aku emo dpn diorang lg nampak keji kan.

Pape pun aku tumpang hepi dgn rezeki diorang. Dua-duanya dah pun beranak-pinak tp aku tgk excited dorang nak dpt baby yg ni mcm nak dpt 1st child. Mmg nikmat dpt ngandung ni kan.. Kite yg tak pernah merasa ni kalau ngandung mesti tak terkata nikmatnye ek.... Mudah-mudahan dpt mengecap jua saat itu!!

28 March 2012

Selepas 8 tahun

Salah sorang kawan sekolahku baru je mendapat status yg diidamkan: seorang ibu :) Dia dah selamat melahirkan seorg baby girl... Bestnye! Seronok dengar perkabaran tu sebab kawan aku ni dah menunggu 8 tahun utk mengecapi saat tu. Alhamdulillah, rezeki dariNya pasti ada. Berkat kesabaran mereka suami isteri dah pun tercapai impian. Tabahnye dia mengharungi mcm2 dugaan & tohmahan selama ttc 8 thn tu. Hubbynye pernah mengeluh tentang ibu mertuanye (mak kawan aku tu) yg tak berapa nak kasi moral support pada diorang yg belum ade rezeki dpt baby lg.

Kekadang depan org ramai (cth. masa tgh kenduri) pun mak dia "balun" anak menantunye pasal susah sgt nak lekat. Kesian kan? Seorang ibu patutnya menutup kelemahan/kekurangan anak menantu, bukan lg mencanang-canang apa yg mereka belum ada. Yg kelakarnya, actually kawan aku tu anak angkat dia jek - bukan biological daughter pun. Maksudnye....? Mak dia pun takde anak sebenarnye. Tapi org keliling ramai yg tak tahu kut so lg syok la dia balun. Hmm macam2 perangai manusia ni kan?

So sekarang kawan aku tu dah boleh tersenyum lebar, sbb dah dpt apa yg dinantikan... Semoga kalian suami isteri berbahagia dgn kehadiran si comel permata hati :)


19 March 2012

Sasar dan kena

Ni cerita org yg bukan ttc - iaitu my collegue. Dia mensasarkan tahun ni nak menambah sorang lagi anak & berharap sgt nak anak prempuan coz dah tiga berderet heroes. Dan hari ni aku dpt tau yg sasarannya mengena. Dia dah pun pregnant. Binggo! Mudah kan?

Dan aku pun secara otomatik 'terjeles'. Betul, 'ter' sebab aku tak sengaja. Sebab memikirkan betapa mudahnya dia menetapkan sasaran dan dah pun dapat. Aku ni bertahun-tahun sasar tak mengena satu pon....... (dah mula dahhh episod sedih neng yatimah sobsob).

:D Hahah takdelah, aku tak menangis cengeng2 dah.. Hati ni cuma tersentuh jek plus a bit cemburu. Tapi tak tunjuk la depan dia. Dia pun tak mengisytiharkan secara rasmi kat aku lagi, agaknye die nak jaga ati aku kut... Pikir positip kan.

Ya Allah.. Kau berilah ku kekuatan..

15 March 2012

Alahai baru lagi tu dik....

Baru terbaca luahan hati seorang ttcian (junior) kat kolum bimbingan Dang Setia Harian Metro online:

Rimas ditanya mengenai anak

    
SAYA berumur 26 tahun dan berkahwin enam bulan lalu. Saya sangat berharap untuk mengandung dalam masa terdekat.

Ramai rakan sebaya yang bernikah dalam tempoh sama kini mengandung. Yang lama berkahwin pula berbangga dan ceria bersama anak masing-masing.
Bukan itu yang menyebabkan saya ingin cepat menimang anak, sebaliknya saya rimas kerana kerap dibelenggu mengenai persoalan sama.

Boleh dikatakan setiap hari saya diasak soalan sama, menyebabkan saya tertekan. Bukan rakan saja, malah keluarga dan sanak saudara juga seakan-akan tidak berpuas hati kerana saya belum mengandung.

SYAFINAZ
Balik Pulau, Pulau Pinang

 
Hmm bila aku tgk umur dan tempoh perkahwinan adik ni, alahai... Baru sgt lg compare dgn aku ni yg dah bertahun kawen dan umor pun jauh lebih tua huhu! Tapi aku tak nafikan, fasa 6 bulan hingga ke setahun lepas kawen tu mmg fasa cepat sentap. Korang gitu tak? Aku mengaku, dulu pantang cuit sket mesti aku nak sentap. Sentap pastu nanges sobsob. Semua sbb ANAK. Masa tu semua yg tanya pasal anak/dah ngandung ke blom aku rase nak jawab dgn pelempang jek. Takde benda lain ke nak tanye?!! HB pun tak tau nak ckp ape kalau aku ngadu domba pasal benda ni kat dia. Bleh bikin meroyan woo walaupun blum beranak haha :D

Tapi tu dulu... Zaman keghairahan & kekhuatiran terhadap ketiadaan anak. Time flies dan aku mula belajar menerima ketentuan Allah swt. Dan syukur jugak org terdekat - parents & mertua aku tak menserabutkan keadaan aku yg sedia berserabut nih. Diorang yg bagi semangat - jgn taksub sgt nanti sendiri tension lg susah nak conceive.. Betul gak kan? So kita yg "senior" ttcian ni dah melalui dah jerit-perih tu selagi belum bergelar ibu.. Kepada yg super senior menunggu anugerah tu lebih lama dari aku, TABIK hormat kat korang sbb dah melalui pelbagai dugaan dlm tempoh yg lama.. Aku ni blum tentu lg setabah korang. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg SABAR :)

12 March 2012

17 anak!

Salam hari Isnin :)

Kengkawan dah baca Mastika latest edition (Mac 2012)? Actually semalam my HB duk cari majalah Infiniti tp sold out pulak. Yg ade Mastika jek so rembat jelah..

Yg plg menarik artikel kat dlm tu pasal satu pasangan hebat nih, mereka dikurniakan seramai 17 anak.. ye, 17 kali mengandung & bersalin.. kau mampu? :P Eh ni pasangan Malaysia tau. Yg kat India tu ngelat, anak ramai sbb bini berpuluh2! Yg ni hanya 1 ibu & 1 ayah tau. Tiri-tiri tak mainlah. Bayangkan si isteri tu almost every year mengandung. Anak yg plg sulung umur 32 pastu berderetlah tiap tahun, plg jarak pun selang 2 tahun je sampailah si bongsu (err bongsu ke? haha) umornye 11 tahun. 

Dan yg menakjubkan diorang laki-binilah yg membesarkan semua anak2nye, tak kasi kat org lain pun walaupun hidup agak susah. Tapi tulah ye org kate anak ni pembawak rezeki.. Cuma kena tahan lah mulut busuk org keliling, ade duk kata makcik ngan pakcik tu takde keje lain asik buat anak jek, buat anak ramai sbb nak jual anak lah.. Astaghfirullah.. amende la diorang nih.

Bestnye ek Allah murahkan rezeki diorang. Subur giler tuuu - asal buat jek menjadik :D Aku ni nak dpt sorang pun payah huhu. Err Makcik Nor Ridah, kasi tips sket bleh?? :P